EarlyIntervention.my

Privacy Policy

Cara EarlyIntervention.my mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi data pengguna.

Tarikh kuat kuasa: 31 Julai 2026

EarlyIntervention.my ialah laman maklumat statik. Pada pelancaran ini kami tidak menggunakan akaun pengguna, borang web, newsletter, iklan tersasar atau analytics pihak ketiga.

Data teknikal

Penyedia hosting mungkin merekod data teknikal standard seperti alamat IP, jenis browser, waktu akses dan URL yang diminta untuk keselamatan, prestasi dan operasi pelayan. Tempoh simpanan tertakluk kepada konfigurasi serta polisi penyedia hosting.

Carian laman

Carian artikel diproses dalam browser anda menggunakan indeks kandungan yang dimuat turun bersama laman. Frasa carian tidak dihantar kepada EarlyIntervention.my. Jangan masukkan maklumat peribadi atau kesihatan anak dalam ruang carian.

E-mel dan pautan luar

Jika anda memilih untuk menghantar e-mel, data diproses oleh penyedia e-mel anda dan penerima. Apabila anda mengikuti pautan ke laman lain, polisi privasi laman tersebut terpakai.

Cookies

Laman ini tidak menetapkan cookies bukan-keperluan semasa pelancaran. Polisi ini akan dikemas kini sebelum sebarang analytics, borang atau newsletter diaktifkan.

Pertanyaan privasi

Hubungi hello@earlyintervention.my. Jangan sertakan laporan klinikal atau pengenalan anak.

Maklumat pendidikanBahasa mudah untuk ibu bapa

Sumber boleh disemakKKM, KPM dan badan profesional

Bukan diagnosisSetiap anak memerlukan konteks sebenar