EarlyIntervention.my

Tentang EarlyIntervention.my

Ketahui misi, prinsip editorial dan pendekatan EarlyIntervention.my dalam menyediakan maklumat perkembangan anak untuk ibu bapa.

EarlyIntervention.my ialah platform pendidikan untuk ibu bapa dan penjaga di Malaysia. Kami menerangkan perkembangan dan intervensi awal dalam bahasa yang mudah, tenang dan berasaskan sumber yang boleh disemak.

Misi kami

Kami mahu ibu bapa:

  • memahami perkembangan tanpa membuat diagnosis sendiri;
  • mengenal pasti concern lebih awal;
  • mempunyai soalan yang lebih baik untuk dibawa kepada profesional;
  • mengetahui pilihan sokongan di rumah, klinik dan sekolah; dan
  • membuat keputusan berdasarkan profil anak, bukan stigma atau tekanan.

Apa yang kami tidak lakukan

Kami tidak mendiagnosis melalui artikel, checklist atau borang. Kami tidak menjamin outcome, menggantikan rawatan kecemasan, mengesyorkan ubat atau menilai kesesuaian sesuatu servis tanpa assessment.

Pendekatan kami

Content dibina daripada soalan sebenar ibu bapa, disemak terhadap sumber rasmi dan perlu melalui editorial serta clinical review sebelum diterbitkan. Kami membezakan fakta, panduan umum dan perkara yang memerlukan penilaian individual.

Hubungan komersial

Sesetengah artikel mempunyai pautan kepada penyedia perkhidmatan berkaitan penerbit. Hubungan ini diterangkan dalam Disclosure. Ia tidak sepatutnya mengubah standard fakta atau menghasilkan dakwaan bahawa satu penyedia sesuai untuk semua kanak-kanak.


Maklumat pendidikanBahasa mudah untuk ibu bapa

Sumber boleh disemakKKM, KPM dan badan profesional

Bukan diagnosisSetiap anak memerlukan konteks sebenar